Webinar HR Bagaimana Nak Sediakan JD Pekerja Yang Berkesan?
Webinar HR Bagaimana Nak Sediakan JD Pekerja Yang Berkesan?
Ramai syarikat mengalami masalah prestasi dan konflik kerja kerana Job Description (JD) pekerja tidak jelas, terlalu ringkas atau tidak sesuai dengan tanggungjawab sebenar.
Tanpa JD yang berkesan:
- Pekerja tidak jelas tanggungjawab mereka
- Susah untuk menilai prestasi staf secara objektif
- Konflik dalaman dan salah faham mudah berlaku
- Majikan sukar untuk ambil tindakan disiplin atau penambahbaikan
Dalam webinar ini, peserta akan belajar cara menyediakan JD pekerja yang lengkap, jelas dan praktikal, supaya setiap staf tahu tanggungjawab mereka, prestasi lebih mudah dinilai, dan syarikat lebih terurus.
Apa yang anda akan pelajari:
- Kepentingan JD dalam organisasi
- Elemen penting JD yang wajib ada
- Cara menulis JD mengikut peranan sebenar staf
- Kesilapan biasa syarikat dalam menyediakan JD
- Bagaimana JD menyokong penilaian prestasi, KPI & disiplin pekerja